Saturday, August 21, 2010
Biodata dan Kisah Geng exSMMB 1986-1990
Semoga tuan puan sentiasa hidup dalam keberkatan dan penuh keredhaanNya. Terima Kasih kerana sudi bersama kami dan kita semua memeriahkan blog exSMMB ini. Semoga ukwah yang terjalin di antara kita akan sentiasa bersinar dan berkekalan sehingga hujung nyawa. InsyaAllah.
Di sini kalau boleh kita akan masukkan semua biodata dan perkembangan terbaru geng exSMMB untuk dikongsi. Ini sebagai salah satu cara kita saling mengenali dan mengingati. Tentunya ramai di antara kita sering tertanya-tanya perkembangan sahabat-sahabat kita yang lain dan disini juga tempat untuk menyimpan maklumat tentang diri kita semua. Walaupun tidak secara terperinci, cukuplah sekadar nama, tempat tinggal, pekerjaan dan kalau tidak menjadi keberatan nombor telefon untuk dihubungi. Manalah tau kalau-kalau ada rezeki yang boleh kita kongsi. Mudah-mudahan...
Sila email biodata anda ke hishamsalmin@gmail.com atau sms (biodata dan gambar) ke 016-661149.
Tuesday, November 10, 2009
Razikin Ahmad
Wednesday, October 21, 2009
Nor Azidah Binti Abdul Aziz
Friday, October 9, 2009
Pn Sairah Muslim
Salam....
Nama: Sairah binti Muslim (nama dulu ELEN)..
Alamat: Taman Impian Emas, Skudai,JB.
H/p: 019-7212952
ym: sairahmuslim@yahoo.com
Anak-anak:
1. Nur Sabrina 10thn
2. Muhammad Syahmi 7thn
3. Muhammad Syah Akmal 5thn
Jawatan: GURU DAN BERNIAGA - CATERING
Tempat Bertugas : Sek. Men Keb Tasek Utara 2, JB.
Salam utk semua geng exsmmb...walaupun aku cikgu tp bab karangan ni aku hancuss ckit..walaubagaimanapun demi kawan2 aku tulis gak le..tp ala2 menulis buku rekod mengajar la gayanye.. Sebenarnya masa aku mula2 keluar jadi cikgu tu umur aku 21thn..ramai tak percaya aku cikgu..tapi itulah aku..dah 15 thn aku mengajar..ramai yang kurang ajar dah aku ajar..Alhamdulillah..memang rezeki aku dalam bidang perguruan.
Nama aku pada surat beranak ialah ELEN..tapi dah tukar pada SAIRAH..tp kalau member2 lama nama ELEN lebih dikenali..walaupun dah tukar nama tapi aku msh cam dulu....msh ceria dan gembira sentiasa..
Aku di SMMB sampai ting 3 je pastu aku dan ramai gak geng class sains pertanian pergi vok pertanian kat rembau. Habis SPM, aku masuk MPTI, lps tu mulalah episod mengajar aku..lps beberapa thn mengajar, aku pun terasa nak kawin pulak..boypren dah melamar. ..so apa lagi..kawin lah aku pd tahun 1998..lps kawin aku sambung belajar kat UPM..sambil men00000yelam sambil minum air..itu pepatah lama..tp aku sambil belajar sambil beranak..boleh gitu?
Husband aku orang Mersing, dia bekerja sendiri...sebenarnya aku n husb buat bisnes catering. Aku pun mengajar ERT kat sekolah..so aku mmg ada experience la kat line ni..so bolehlah beri yang terbaik utk client aku. Masa mengajar, aku lebih serius dan jarang senyum.. tapi bila bersama kawan dan keluarga perwatakan aku memang berbeza..
Oklah..aku rasa itu je lah yang aku boleh ceritakan..harap² aku masih lagi diingati..
Semoga blog ini akan lebih meriah...
Wassallam.
Tuesday, September 8, 2009
Rahimah Muhamad
Salam....
Nama: Rahimah Bte Hj Muhamad
Alamat: No 24, Jln Uda Utama 1/3, Bandar Uda Utama, 81200 Johor Bahru
H/p: 0137016170
ym: imaza7111@yahoo.com
fb: Rahimah Muhamad
Nama Suami: Mohd Azhar Bin Hj Kasbon
Anak:
1. Mohd Ashraff Putra Bin Mohd Azhar 14thn
2. Mohd Aiman Putra Bin Mohd Azhar 11thn
3. Putri Anis Sofea Bte Mohd Azhar 7thn
Jawatan: Mama Cyber/Menteri Kewangan/Pengurus Rumah Tangga/Tukang Masak/Tukang kebun....smua la....
Hai geng exsmmb....dah lama aku tak tulis biodata cam kat atas ni, mcm nak mintak keja plk. Mesti ramai yg dah kenal aku kan....cuma mungkin bentuk fizikal je dah berbeza dari zaman sklh dulu. Yg lain masih sama...
Aku tgk smua org citer pasal keja...walaupon aku surirumah skrg ni..tapi aku ada gak pengalaman bekerja. Lepas abis SPM 1990 tu aku byk la keje kat merata tmpt tapi sekitar Jb je la.. tapi tu smua keje main2 jer... Yang kekal aku pernah keja kat Chee Tat Holding kat Holiday Plaza..(Seri Alam Properties....Bandar Seri Alam
tu dulu masa launching aku masih keja lg kat situ...aku la yg sematkan paku kat baju Dato Sri Anwar Ibrahim dia yg rasmikan...) Keje sini dlm 3 thn, pastu dpt lak keja kat EON Bank, Taman Molek...dlm 3 thn jgk... Atas permintaan suami...aku terpaksa berhenti kerja dan jadik la surirumah sepenuh masa smpi skrg.
Suami aku berasal dari Bt Pahat. Bulan April akan dtg ni genap la 16 thn usia perkahwinan aku..rasa nye 3 org cahaya mata ni dah cukup kot...ramai2 pon bt pening kepala je..maklum la..aku yg kena urus 24 jam. klo yg bekerja tu ada gak time tak bersama anak2.
Ok, la...tak tau la nak citer ape lg....yg penting aku dah register kat geng exsmmb ni....ni pon atas desak kan Rahimah Abu Bakar. Klo ada yg nak sembang2 ngan aku...ADD la aku kat ym atau fb ye...Insyallah akan di layan....
Sekian, renung2 kan la dan selamat ber amal...
Sunday, September 6, 2009
FUAD ABDULLAH
Salam semua exsmmb...
Aku tak berapa pandai nak tulis karangan ni…masa sekolah pun asik tulis … dah besar panjang pun kena tulis karangan… tapi tak apa untuk sahabat semua …
Nama Aku FUAD ABDULLAH, nak kata umur sama dgn korang ler…mungkin bulan dan hari jer lain. Aku dah kawin tapi rasanya lambat sikit dari kau orang kot. Seorang isteri dan 3 anak. 2 perempuan 1 lelaki. Kakak 5 tahun, adik lelaki 3 tahun dan yang yang baru keluar perempuan 1 bulan. Isteri aku surirumah sepenuh masa. Dulu dia cikgu Kafa. Aku sekarang tinggal di Kuala Lumpur rasanya baru 13 tahun, rumah aku kat Bandar Seri Permaisuri dekat Bandar Tun Razak. Sesiapa datang KL boleh ler singgah.
Aku sekolah kat SM Majidee, sampai tkt 3 je. Dulu aku Perusahan (dengan cikgu sarom lakinya cigu masitah) salah.. cikgu Masture le... dan perempuan sains rumahtangga. Lepas tgk 3 aku terus pe sekolah Vokey Segamat (sama dengan tuan Presiden kita…aku dengan dia satu bilik lagi). Masa kata sekolah aku pernah menwakili Pasukan Bola sepak.. yg bt pertamanya sekolah kita pernah masuk Separuh Akhir. Masa tu aku sama T/Presiden Kzon, Adik, Zul, Zikin, Sidi dan ramai lagi.
Selepas sekolah aku terus kerja di Tampoi sekejap jer, sebelum aku dapat kerja kerajaan di MBJB selama 5 tahun dalam masa sama aku ada belajar dalam bidang Fotografi di Melaka. Lepas abis belajar, bermulanya aku berhijrah ke KL. Aku dapat kerja di Arkib Negara, Jalan Duta, KL selama 5 tahun. Lepas tu aku dinaikkan pangkat dan sekarang aku bertugas di Jabatan Penerangan Malaysia, di Ibu Pejabat di Wisma Sime Darby Jalan Sultan Ismai, KL
Sedikit tentang kerja aku sekarang, Aku bertugas sepernuhnya sebagai Photografer Kerajaan, tugasan aku selalu amik gambar SPB Agong, PM, TPM, Menteri dan lain-lain. Di dalam Negara mahu pun di luar Negara. Hanya urusan rasmi Negara saja. Dalam bidang politik adalah sedikit. Tapi aku bukannya kerja seorang kat ofis aku jer ada 20 orang photografer, buat kerja bergilir-gilir.Tu jer yang aku boleh kongsi sama engkau orang. Kalau ada apa – apa nak jumpa ker dan apa-apa hal boleh ler call aku. 019-3146938 atau aminain@gmail.com. Web site aku http://fuad-abdullah.blogspot.
Friday, September 4, 2009
Hashim Abu
Salam semua...
Aku ni tak reti sangat laa nak tulis.. tapi ni laa serba sedikit pasal biodata diri aku.. nak tau lebih2 nanti kita jumpa, korang boleh tanya, ok?
Nama penuh aku HASHIM BIN HJ ABU.. umur aku sama laa dengan korang.. (agaknya laa kot!!).. aku dah kawin.. ada anak lelaki sorang.. dah 8 tahun dah umur dia.. darjah 2.. isteri aku orang Kuantan, Pahang.. dia keje cikgu.. aku tinggal kat Permas Jaya.. umah aku betul-betul kat depan JUSCO.. meh laa datang umah aku.. (tapi, kena bawak makanan sendiri laa ye!)
Aku sekolah kat SM Majidee, 3 tahun je.. (sebab tu laa korang ada yang tak kenal aku sangat).. yang aku kenal rapat masa sekolah dulu cuma Ema ngan Hisham Salmin.. pastu Form 4 aku pindah sekolah Teknik kat Kuantan, Pahang.. kat sekolah dulu aku ni takde laa glamour sangat.. ye laa aku tau aku saper.. aku kan budak miskin.. takde saper nak kawan dengan aku.. (eskk eskk..)
Lepas abih sekolah aku balik semula kat Johor.. aku masuk UTM.. sambung degree.. ambik course Mechanical Engineering.. lepas abih belajar aku trus keje.. skarang ni aku keje kat satu international company ni tapi dia ada bukak branch kat Malaysia (JB).. aku keje kat company ni dah 8 tahun.. so, nak kata bagus tu tak laa sangat.. aku mula2 dulu jadi Marketing Engineer je.. tapi skang ni dah jadik Manager laa.. (Alhamdululliah!!) tapi yang penatnya keje ni, aku kena pusing satu Malaysia.. tiap2 bulan kena outstation.. kadang2 overseas pun kena pegi jugak.. penat memang penat tapi nak buat macamana.. dah namanya keje.. terpaksa laa.. tengah sibuk2 macam ni pun aku sempat lagi join politik.. boleh laa buat tolong2 orang.. kira aku ni orang penting jugak laa..
Hmm, aku pun dah tak tahu nak tulis ape dah so, aku rasa sampai kat sini je kot biodata aku.. ape2hal korang boleh laa call aku takpun email je aku.. no phone aku 019-7117003.. kalo nak call opis, ni direct line aku 07-2347003.. kalo aku takde ko tinggal pesan kat secretary aku.. ni pulak alamat email aku.. shim4493@yahoo.com..