Wednesday, October 21, 2009

Nor Azidah Binti Abdul Aziz




Assalamualaikum kawan2 sekelian............

Aku baru jer dapat tahu pasal reunion budak2 smmb 1986-1990, tu pun dengan takdir allah, sabtu lepas (03/10/09) aku gi umah makcik aku kat tmn megah ria sbb makcik aku buat keja kawin (sepupu akulah yang kawin) masa gi anta pengantin nikah kat masjid abu bakar, aku terjumpalah kawan kita ni (rahimah abu bakar) kisahnya dia ni jiran makcik aku........excitednya aku bila dia citer korang ada buat reunion....kesian aku ketinggalan ek. Tak taulah korang ingat ke tidak aku lagi...Ni aku kasi biodata aku sikit...kot-kot ada yang ingat.......

Nama : Nor Azidah Binti Abdul Aziz
(Dulu ada yang panggil nor atau nano, nama glamour azie tau)
Hubby aku : Kamsari Bin Sopran
(Nama pun korang dah tau orang jawa kan, nama glamour dia kam)
Anak2 aku :
No 1 Deanna Zeta 9 tahun, No 2) Fateha Azzahra 6 tahun & yang bongsu Azri Haziq 11 bulan
(eh bongsu ke ek, gaknya kot jabatan alam sekitar dah suruh tutup kilang ah)
Alamat skrg : No 44 TH4, Pasadena Townhouse, Vista Sri Alam, Bandar Sri Alam, Masai, Johor Bahru
No tel : 012-7800636

Perjalanan hidup aku biasa jer....... aku sekolah kat smmb smpi form 4 jer, aku frust geng2 dapat masuk vokey rembau aku tak dpt, masa aku form 4 arwah mak aku meninggal dunia kena kejutan elektrik, member2 yg duduk kat jalan antoi mesti tau cite ni kan, pas tu abah aku anta aku duduk kat kg aku pontian, aku skolah kat pontian smpi abis spm..pas tu balik jb jadi kerani cabuk jap dlm setahun dua gaknya, aku pun dah lupa....pas tu aku gi kl, keja kat caltex oil (dept re-image petrol station) masa kat sana aku sambung belajar amek diploma business administration (caltex dah nak sponsor grab jer ah) masa keja kat caltex abah aku selalu membebel suruh balik jb, dia cakap kat jb ni banyak station caltex tak yah lah keja jauh2 kat kl tu, dia ingat aku ni pump attendance gaknya hehehe, from caltex aku mengubah haluan keja kat housing developer plak, kat kl gak..... sampai la ni aku dok jual rumah jer, sapa2 nak advise jual beli rumah boleh lah tanya aku, aku balik jb tak salah aku tahun 2001, balik jb pun aku cari keja kat housing developer, dah experience kat situ kan, dah 4 bulan ni alhamdulillah aku dapat plak tender anta dinner kat budak2 nursing college dan tender kantin kilang kat Pasir Gudang, sebulan dua ni aku berhenti jual rumah kot sbb nak concentrate kat catering business aku, so sapa2 nak catering bolehlah call catering akak eh....

Member yang aku ingat rahimah mohd (aku ada gi umah ko kat kota masai dulu), ramlah separang (johor jaya bukannya jauh sgt ngan sri alam kan), aizan, mazilah ,mahasir, zulkarnain, norhayati salleh, khairul saleh tukiban (korang tak dpt contact dia ker),elen,ruhaiza, zashri korang ingat tak, dia pun duduk dkt rumah aku kat vista sri alam, ada satu ari tu aku bwk anak2 mandi kat swimming pool kat area umah aku, dia pun bwk anak ngan wife dia, dia dok tgk aku gaknya dlm hati dia mcm kenal jer, tapi dia pun tak tegur aku, takpa ah nnti kalau terserempak lagi aku bagitau dia pasal blog ex smmb ni..dan ramai lagi kengkawan lain...(yang tak ingat tu sori ah....korang pun tak ingat aku kan..........hehehe)
Masa majlis raya aku memang tergedik2 nak pergi jumpa korang semua, tapi apakan daya suami perlu diutamakan bila dah berumahtanggakan, aku kena teman laki aku ke batam sbb laki aku ada kerja disana, maklumlah batam tu kan zon merah untuk para isteri......., insyaalah next reunion aku cuba hadirkan diri.
Oklah kengkawan, kalau kita flash back zaman sekolah dulu mmg happy ek..........
Tahniah pada tuan pengerusi dan barisan AJK kerana berusaha mengumpulkan kawan2 skolah kita, really appreciate dgn usaha korang.............

Friday, October 9, 2009

Pn Sairah Muslim




Salam....

Nama: Sairah binti Muslim (nama dulu ELEN)..

Alamat: Taman Impian Emas, Skudai,JB.

H/p: 019-7212952

ym: sairahmuslim@yahoo.com
Anak-anak:
1. Nur Sabrina 10thn
2. Muhammad Syahmi 7thn
3. Muhammad Syah Akmal 5thn
Jawatan: GURU DAN BERNIAGA - CATERING

Tempat Bertugas : Sek. Men Keb Tasek Utara 2, JB.


Salam utk semua geng exsmmb...walaupun aku cikgu tp bab karangan ni aku hancuss ckit..walaubagaimanapun demi kawan2 aku tulis gak le..tp ala2 menulis buku rekod mengajar la gayanye.. Sebenarnya masa aku mula2 keluar jadi cikgu tu umur aku 21thn..ramai tak percaya aku cikgu..tapi itulah aku..dah 15 thn aku mengajar..ramai yang kurang ajar dah aku ajar..Alhamdulillah..memang rezeki aku dalam bidang perguruan.

Nama aku pada surat beranak ialah ELEN..tapi dah tukar pada SAIRAH..tp kalau member2 lama nama ELEN lebih dikenali..walaupun dah tukar nama tapi aku msh cam dulu....msh ceria dan gembira sentiasa..

Aku di SMMB sampai ting 3 je pastu aku dan ramai gak geng class sains pertanian pergi vok pertanian kat rembau. Habis SPM, aku masuk MPTI, lps tu mulalah episod mengajar aku..lps beberapa thn mengajar, aku pun terasa nak kawin pulak..boypren dah melamar. ..so apa lagi..kawin lah aku pd tahun 1998..lps kawin aku sambung belajar kat UPM..sambil men00000yelam sambil minum air..itu pepatah lama..tp aku sambil belajar sambil beranak..boleh gitu?


Husband aku orang Mersing, dia bekerja sendiri...sebenarnya aku n husb buat bisnes catering. Aku pun mengajar ERT kat sekolah..so aku mmg ada experience la kat line ni..so bolehlah beri yang terbaik utk client aku. Masa mengajar, aku lebih serius dan jarang senyum.. tapi bila bersama kawan dan keluarga perwatakan aku memang berbeza..

Oklah..aku rasa itu je lah yang aku boleh ceritakan..harap² aku masih lagi diingati..

Semoga blog ini akan lebih meriah...

Wassallam.