Tuesday, November 10, 2009
Razikin Ahmad
Wednesday, October 21, 2009
Nor Azidah Binti Abdul Aziz
Friday, October 9, 2009
Pn Sairah Muslim
Salam....
Nama: Sairah binti Muslim (nama dulu ELEN)..
Alamat: Taman Impian Emas, Skudai,JB.
H/p: 019-7212952
ym: sairahmuslim@yahoo.com
Anak-anak:
1. Nur Sabrina 10thn
2. Muhammad Syahmi 7thn
3. Muhammad Syah Akmal 5thn
Jawatan: GURU DAN BERNIAGA - CATERING
Tempat Bertugas : Sek. Men Keb Tasek Utara 2, JB.
Salam utk semua geng exsmmb...walaupun aku cikgu tp bab karangan ni aku hancuss ckit..walaubagaimanapun demi kawan2 aku tulis gak le..tp ala2 menulis buku rekod mengajar la gayanye.. Sebenarnya masa aku mula2 keluar jadi cikgu tu umur aku 21thn..ramai tak percaya aku cikgu..tapi itulah aku..dah 15 thn aku mengajar..ramai yang kurang ajar dah aku ajar..Alhamdulillah..memang rezeki aku dalam bidang perguruan.
Nama aku pada surat beranak ialah ELEN..tapi dah tukar pada SAIRAH..tp kalau member2 lama nama ELEN lebih dikenali..walaupun dah tukar nama tapi aku msh cam dulu....msh ceria dan gembira sentiasa..
Aku di SMMB sampai ting 3 je pastu aku dan ramai gak geng class sains pertanian pergi vok pertanian kat rembau. Habis SPM, aku masuk MPTI, lps tu mulalah episod mengajar aku..lps beberapa thn mengajar, aku pun terasa nak kawin pulak..boypren dah melamar. ..so apa lagi..kawin lah aku pd tahun 1998..lps kawin aku sambung belajar kat UPM..sambil men00000yelam sambil minum air..itu pepatah lama..tp aku sambil belajar sambil beranak..boleh gitu?
Husband aku orang Mersing, dia bekerja sendiri...sebenarnya aku n husb buat bisnes catering. Aku pun mengajar ERT kat sekolah..so aku mmg ada experience la kat line ni..so bolehlah beri yang terbaik utk client aku. Masa mengajar, aku lebih serius dan jarang senyum.. tapi bila bersama kawan dan keluarga perwatakan aku memang berbeza..
Oklah..aku rasa itu je lah yang aku boleh ceritakan..harap² aku masih lagi diingati..
Semoga blog ini akan lebih meriah...
Wassallam.
Tuesday, September 8, 2009
Rahimah Muhamad
Salam....
Nama: Rahimah Bte Hj Muhamad
Alamat: No 24, Jln Uda Utama 1/3, Bandar Uda Utama, 81200 Johor Bahru
H/p: 0137016170
ym: imaza7111@yahoo.com
fb: Rahimah Muhamad
Nama Suami: Mohd Azhar Bin Hj Kasbon
Anak:
1. Mohd Ashraff Putra Bin Mohd Azhar 14thn
2. Mohd Aiman Putra Bin Mohd Azhar 11thn
3. Putri Anis Sofea Bte Mohd Azhar 7thn
Jawatan: Mama Cyber/Menteri Kewangan/Pengurus Rumah Tangga/Tukang Masak/Tukang kebun....smua la....
Hai geng exsmmb....dah lama aku tak tulis biodata cam kat atas ni, mcm nak mintak keja plk. Mesti ramai yg dah kenal aku kan....cuma mungkin bentuk fizikal je dah berbeza dari zaman sklh dulu. Yg lain masih sama...
Aku tgk smua org citer pasal keja...walaupon aku surirumah skrg ni..tapi aku ada gak pengalaman bekerja. Lepas abis SPM 1990 tu aku byk la keje kat merata tmpt tapi sekitar Jb je la.. tapi tu smua keje main2 jer... Yang kekal aku pernah keja kat Chee Tat Holding kat Holiday Plaza..(Seri Alam Properties....Bandar Seri Alam
tu dulu masa launching aku masih keja lg kat situ...aku la yg sematkan paku kat baju Dato Sri Anwar Ibrahim dia yg rasmikan...) Keje sini dlm 3 thn, pastu dpt lak keja kat EON Bank, Taman Molek...dlm 3 thn jgk... Atas permintaan suami...aku terpaksa berhenti kerja dan jadik la surirumah sepenuh masa smpi skrg.
Suami aku berasal dari Bt Pahat. Bulan April akan dtg ni genap la 16 thn usia perkahwinan aku..rasa nye 3 org cahaya mata ni dah cukup kot...ramai2 pon bt pening kepala je..maklum la..aku yg kena urus 24 jam. klo yg bekerja tu ada gak time tak bersama anak2.
Ok, la...tak tau la nak citer ape lg....yg penting aku dah register kat geng exsmmb ni....ni pon atas desak kan Rahimah Abu Bakar. Klo ada yg nak sembang2 ngan aku...ADD la aku kat ym atau fb ye...Insyallah akan di layan....
Sekian, renung2 kan la dan selamat ber amal...
Sunday, September 6, 2009
FUAD ABDULLAH
Salam semua exsmmb...
Aku tak berapa pandai nak tulis karangan ni…masa sekolah pun asik tulis … dah besar panjang pun kena tulis karangan… tapi tak apa untuk sahabat semua …
Nama Aku FUAD ABDULLAH, nak kata umur sama dgn korang ler…mungkin bulan dan hari jer lain. Aku dah kawin tapi rasanya lambat sikit dari kau orang kot. Seorang isteri dan 3 anak. 2 perempuan 1 lelaki. Kakak 5 tahun, adik lelaki 3 tahun dan yang yang baru keluar perempuan 1 bulan. Isteri aku surirumah sepenuh masa. Dulu dia cikgu Kafa. Aku sekarang tinggal di Kuala Lumpur rasanya baru 13 tahun, rumah aku kat Bandar Seri Permaisuri dekat Bandar Tun Razak. Sesiapa datang KL boleh ler singgah.
Aku sekolah kat SM Majidee, sampai tkt 3 je. Dulu aku Perusahan (dengan cikgu sarom lakinya cigu masitah) salah.. cikgu Masture le... dan perempuan sains rumahtangga. Lepas tgk 3 aku terus pe sekolah Vokey Segamat (sama dengan tuan Presiden kita…aku dengan dia satu bilik lagi). Masa kata sekolah aku pernah menwakili Pasukan Bola sepak.. yg bt pertamanya sekolah kita pernah masuk Separuh Akhir. Masa tu aku sama T/Presiden Kzon, Adik, Zul, Zikin, Sidi dan ramai lagi.
Selepas sekolah aku terus kerja di Tampoi sekejap jer, sebelum aku dapat kerja kerajaan di MBJB selama 5 tahun dalam masa sama aku ada belajar dalam bidang Fotografi di Melaka. Lepas abis belajar, bermulanya aku berhijrah ke KL. Aku dapat kerja di Arkib Negara, Jalan Duta, KL selama 5 tahun. Lepas tu aku dinaikkan pangkat dan sekarang aku bertugas di Jabatan Penerangan Malaysia, di Ibu Pejabat di Wisma Sime Darby Jalan Sultan Ismai, KL
Sedikit tentang kerja aku sekarang, Aku bertugas sepernuhnya sebagai Photografer Kerajaan, tugasan aku selalu amik gambar SPB Agong, PM, TPM, Menteri dan lain-lain. Di dalam Negara mahu pun di luar Negara. Hanya urusan rasmi Negara saja. Dalam bidang politik adalah sedikit. Tapi aku bukannya kerja seorang kat ofis aku jer ada 20 orang photografer, buat kerja bergilir-gilir.Tu jer yang aku boleh kongsi sama engkau orang. Kalau ada apa – apa nak jumpa ker dan apa-apa hal boleh ler call aku. 019-3146938 atau aminain@gmail.com. Web site aku http://fuad-abdullah.blogspot.
Friday, September 4, 2009
Hashim Abu
Salam semua...
Aku ni tak reti sangat laa nak tulis.. tapi ni laa serba sedikit pasal biodata diri aku.. nak tau lebih2 nanti kita jumpa, korang boleh tanya, ok?
Nama penuh aku HASHIM BIN HJ ABU.. umur aku sama laa dengan korang.. (agaknya laa kot!!).. aku dah kawin.. ada anak lelaki sorang.. dah 8 tahun dah umur dia.. darjah 2.. isteri aku orang Kuantan, Pahang.. dia keje cikgu.. aku tinggal kat Permas Jaya.. umah aku betul-betul kat depan JUSCO.. meh laa datang umah aku.. (tapi, kena bawak makanan sendiri laa ye!)
Aku sekolah kat SM Majidee, 3 tahun je.. (sebab tu laa korang ada yang tak kenal aku sangat).. yang aku kenal rapat masa sekolah dulu cuma Ema ngan Hisham Salmin.. pastu Form 4 aku pindah sekolah Teknik kat Kuantan, Pahang.. kat sekolah dulu aku ni takde laa glamour sangat.. ye laa aku tau aku saper.. aku kan budak miskin.. takde saper nak kawan dengan aku.. (eskk eskk..)
Lepas abih sekolah aku balik semula kat Johor.. aku masuk UTM.. sambung degree.. ambik course Mechanical Engineering.. lepas abih belajar aku trus keje.. skarang ni aku keje kat satu international company ni tapi dia ada bukak branch kat Malaysia (JB).. aku keje kat company ni dah 8 tahun.. so, nak kata bagus tu tak laa sangat.. aku mula2 dulu jadi Marketing Engineer je.. tapi skang ni dah jadik Manager laa.. (Alhamdululliah!!) tapi yang penatnya keje ni, aku kena pusing satu Malaysia.. tiap2 bulan kena outstation.. kadang2 overseas pun kena pegi jugak.. penat memang penat tapi nak buat macamana.. dah namanya keje.. terpaksa laa.. tengah sibuk2 macam ni pun aku sempat lagi join politik.. boleh laa buat tolong2 orang.. kira aku ni orang penting jugak laa..
Hmm, aku pun dah tak tahu nak tulis ape dah so, aku rasa sampai kat sini je kot biodata aku.. ape2hal korang boleh laa call aku takpun email je aku.. no phone aku 019-7117003.. kalo nak call opis, ni direct line aku 07-2347003.. kalo aku takde ko tinggal pesan kat secretary aku.. ni pulak alamat email aku.. shim4493@yahoo.com..
Monday, August 31, 2009
Marina Yusof
Ramlah Saparang
Assalamualaikum….
Sebelum memulakan madah (cewaahhh ayat power tu…) izinkan saya mengucapkan ribuan dan mungkin jutaan terima kasih tak terhingga kepada geng-geng yang bertungkus lumus mengumpulkan balik rakan-rakan lama Sekolah Menengah Majidee Baru, sekolah kesayangan kita semua. Kepada Cikgu-Cikgu jasa kalian tetap dikenang sampai bila-bila.
Nama : RAMLAH BT SAPARANG
Alamat : No. 26, Jalan Bakawali 74, Taman Johor Jaya, 81100 Johor Bahru, Johor
Email : ramlahmusb@hotmail.com
YM : rlady73@yahoo.com
Status : Single and available
Kerjaya : Business kecil2an – www.urneeds.myportal.my
HP No. : 012-7481117
Zaman sekolah aku tak aktif sangat lebih-lebih lagi sukan. Alasan yang selalu aku bagi kat cikgu SAKIT (SEMPUT)..walhal sebenarnya aku MALAS ekeke (pecah rahsia). Aku ni agak pendiam kalo orang tak kenal tapi yang kenal aku tau la aku macam mana. Di kalangan member-member sekelas, aku agak famous kerana selalu tak datang sekolah. ALASAN seperti di atas SAKIT dan sebetulnya MALAS.. adeh.. sori cikgu-cikgu…walaupun begitu prestasi pelajaran aku agak baik. Kalo selalu datang mau bleh jadi Menteri Pembangunan Wanita..hahaha betul ker tu???
Cikgu yang paling aku sayang guru kelas aku 2 tahun berturut2 Pn. Zaini Baba, Pn Mashitoh (Ustazah) dan cikgu paling cantik Pn Mastura yang ajar math masa form 2 (subjek faberet tu). Yang lain2 pun aku sayang gak…(adehhh takot lak terasa hati..)
Lepas form 5 aku dapat sambung belajar di form 6 SDJ bersama-sama rakan aku seperti rosliza, jorina, salina hashim, norita, khatijah musa, razikin, rozaini (sori ek yg tak sebut nama)…
Aku start keje lepas setahun abes belajar… Job pertama kat legal firm. Aku dibahagian Litigation (Saman). Pastu keje dengan Sub-Con di MSE Pasir Gudang. Pernah keje kat forwarding and shipping company. Last aku keje dengan Syarikat Automotive. Jawatan yang aku selalu sandang Pentadbiran dan Akaun. Bila bekerja aku beri tumpuan sepenuhnya. Makan keje, Minum keje…tu yang terlajak tu sampai tak ada masa nak fikirkan tentang diri sendiri…..
Tahun 2005 hingga 2007 aku ada jalankan business laundry and dry cleaning… 3 tahun aku usahakan hingga aku tolak semua lelaki dalam hidup aku (alamak drama la plak…ekeke)…bukan bangkrap, cuma ada masalah berkaitan dengan transfer dan loan.
2 Tahun aku terperap kat rumah. Frust la kononnya….pastu aku ni jenis tak reti nak duduk diam.. pala otak ni asyik nak buat business walupun aku ni bukannya ada duit pun…hahaha…
Banyak gak nak cerita…len kali jer bila kita jumpa baru aku citer k…bagi peluang orang len plak bercerita. Pada kawan-kawan ku yang tersayang semoga kita dapat berjumpa kembali dengan adanya REUNION ini….Tak sabar nak jumpa dan bermanja-manja dengan korang macam dulu…
Salam Sayang….
ramlahSaparang………adiosssss
Yati
Awal persekolahan bermula dari darjah satu di Sek. Keb. Mohd Khir Johari hingga darjah lima. Kemudian diambil bapa saudara bersekolah di Sek. Keb. Tengku Mariam, Batu Pahat (Sekolah paling terkenal di Batu Pahat) hingga tingkatan satu di Sek.Men.(P) Temenggung Ibrahim (SMPTI) selama 2 tahun.
Kemudian berpindahan semula tinggal bersama keluarga dan bersekolah di SEKOLAH MENENGAH MAJIDI BARU (SMMB)...
Seingat yati , yati ditempatkan di Tingkatan 2 Dedap...3 Mawar...Ting: 4 Perdagangan 1 (4 C), Ting: 5 P 2 (5 D).
Selepas habis sekolah tak kemana la ..terus keje..pastu kahwin..sekarang dah mempunyai seorg putera & 3 org puteri. Suami Yati pun ada lah bekas pelajar SMMB tahun 1967. Masa tu SMMB cuma setakt ting 3 shj..Pastu kena pergi SSI untuk sambung ting 4 & 5. Yati dulu aktif dengan Persatuan St.John. Diantara rakan yg paling rapat iaitu Rohaiza Mat Noor & Nazura Ngahat (Adik Ipar kpd Norazah Md Dali), Suhaimi, Zul aka baby..Mazilah..
Friday, August 28, 2009
Rahimah Abu Bakar
اسلام عليكم
Alhamdulillah.. kerana Allah telah memberi kesempatan kepada saya untuk bertemu lagi dengan teman2 di media penghubung ini bagi menyimpul kembali ikatan ukhwah kita yg sudah sedia terjalin... moga Allah sentiasa membuka ruang kepada kita semua untuk saling bertukar2 fikiran, ingat mengingati, berkongsi iktibar serta berpesan2.. agar kita selalu diberi hidayah & keteguhan hati utk kembali kepada fitrah manusia sebagai khalifah Allah di bumi bertuah ciptaanNya ini.. Dibawah ni hendak saya kongsi serba sedikit mengenai diri saya untuk direfreshkan kembali ingatan teman2 lama terpisah.....
Nama: Rahimah Bte Abu Bakar
Alamat M'sia : No 2, Jln Bayan 42, Taman Megah Ria.
Alamat Saudi: Yanbu Al-Sinaiyah, Saudi Arabia
YM: erieayamor
email: erieayamor@yahoo.com.my
Status: Berkahwin Pekerjaan: Setelah menetap di Saudi - Suri rumah..sepenuh masa
Di zaman persekolahan dulu saya seorang pengawas, tapi tak berapa nak mengawas hihihi, Agak-agak pemalu... Ye ke????? Yelah.. Saya ni agak pendiam tak banyak cakap, minat dalam lukisan.... Ingat lagi masa tu cikgu memuji lukisan Fadilah Paiman (anti lelaki pada masa tu), walhal lukisan tu saya yg buat. Si Fadil (nama manja) bila kami berpandangan masing2 tersenyum....hihihi, Tertipu jugak cikgu tu... Nakal betul!!! Pernah bekerja di sebuah Syarikat Swasta sebagai (HR).... Sekarang ni dah menetap di KSA, sebab myhubby bekerja disini. Tak tahu sampai bila mungkin setahun dua lagi, entahlah. Selagi ada rezeki di bumi anbia' ni..insyallah! Isteri kepada Khairuddin Bin Samsuri dan juga ibu kepada 4 org anak (ramai tu) 1 lelaki 3 perempuan (Muhammad Amir Afiq 15, N.Amirah Afiqah 14,N.Amirah Aqilah 11 & N.Amirah Alisa 7)
Harapan saya dengan adanya blog EXSMMB ni dapatlah kita mengeratkan lagi hubungan silaturrahim diantara kita, maaf dipinta sekiranya sepanjang saya bercerita di sini dan sepanjang perkenalan kita tanpa saya sedari telah menggores perasaan sahabat-sahabat semua .. Bermaaf-maafanlah sesama kita... Salam Perantauan
رحيمه بتي ابو بكر
(KSA)
Monday, August 24, 2009
Rosmawati Rahmat (5 Sastera 1)
Hi geng,
Friday, August 21, 2009
Amiszan Adam
Nama : Amiszan Bin Adam
Alamat : 52, Jalan Harmoni 5/2, Tmn Desa Harmoni, JB
YM: amiszan
Email : amiszan@yahoo.com & amiszan@streamyx.com
Status : Berkahwin & 2 org anak
Bekerja di : SAJ Holdings Sdn. Bhd. (www.saj.com.my)
Contact no: 013-7524122
Kiranya aku tulis ni ikut format yg En Hisham Salmin lah senang ya.. Pendidikan tu tak berapa tinggilah..tapi kalu jatuh mcm 'Beng Hock' kira matilah. Sekolah rendah di SKMB, Menengah di SMMB & SMVKT (Vokey Kota Tinggi). Aku dulu x berapa cemerlanglah masa sekolah. Sapa yg kenal, kenalah ya.
Perangai aku masa sekolah pun kira agak pendiam gaklah kot. Tak mcm Presiden kita En Mahasir, Nizam Salleh, Khirzon. sebut jer nama orang dah kenal..Tapi tu duluuuuu..
Lepas jer sekolah, bekerja & kawin mcm org lain gak kot..
Org umah org Pontian..dekat jer..Tak yahlah citer jumpa mcm mana..memula takut nak kawin.. takut tak leh bagi makan anak org..skrg ni bukan setakat tanggung bini siap tanggung anak sekali..tapi tak ramailah ..kalu reramai x mampu kot....
Rancangan TV yg menjadi kegemaran aku skrg Blogger Boy..tu pasal Reunion pada 15hb Ogos 2009 tu dirakamkan di blog ni..bagi pihak Presiden..Terimakasih diucapkan kepada yg hadir ya.. Walaupun rupa paras berubah (terutama perut) siratulrahim perlu dieratkan..
Insyallah dimasa akan datang dijemput lebih ramai lagi datang memeriah Reunion SMMB 1986-1990..Masa & ketikanya.. sila berhubung En Mahasir kita (Presiden Alumni SMMB)..kawan ikut jer.. Diseru semua yg ada kelapangan dapatlah memberikan biodata anda ke atau sms (biodata dan gambar) ke 016-661149.
Hisham Salmin (Hishammuddin bin Salmin)
Sebagai pembuka tirai dan juga panduan kepada korang... aku memperkenalkan diri.
Nama: Hisham Salmin
Alamat: Taman Lestari Putra, Sri Kembangan Selangor.
YM: hisham7263
Email: hishamsalmin@gmail.com
Status: Berkahwin (Seorang isteri dan 2 orang anak)
Pekerjaan: Graphic Designer | Books Publishing and Advertising www.pts.com.my
H/P: 016-6611479
Masa kat sekolah dulu aku suka melukis. Subjek lukisan memang terer la... Tapi masalahnya subjek lukisan je yang terer. Yang lain kantoi. Hihi... Aku pernah kerja di Penerbitan Pelangi (buku sekolah korang dulu..) dan Pelangi Berhad (Plaza Pelangi...) Johor Bahru. Jadi ilustrator dan designer. Masa tu JB memang membosankan. Sekarang pun membosankan jugak... Hahahaha.... Aku merantau membawa diri ke KL masa umur aku 23 tahun. Kerja dengan Utusan dan kemudian majalah Gila-Gila sebagai designer jugak. La ni aku kerja dengan PTS Publications sejak tahun 1999. Penerbit buku Melayu paling unggul. Aku harap kalau korang nak beli buku untuk bacaan anak-anak dan diri sendiri, jangan lupa nama PTS. Promosi...
Isteri aku orang Kuching, Jumpa di KL. Kahwin masa umur aku 26. Anak 2 orang. Adam Hazim 8 dan Iman Faqihah 6.
Aku harap dapat jumpa dengan semua member-member sekolah kita dulu. Terutama yang pernah sekelas dengan aku. Tingkatan 3 ialah zaman paling indah persekolahan. Aku harap dapat jumpa semua budak kelas Tingkatan 3 Cempaka (kalau tak silap aku la...)
Ok... Lepas ni giliran korang pulak perkenalkan diri...