Monday, August 31, 2009
Ramlah Saparang
Assalamualaikum….
Sebelum memulakan madah (cewaahhh ayat power tu…) izinkan saya mengucapkan ribuan dan mungkin jutaan terima kasih tak terhingga kepada geng-geng yang bertungkus lumus mengumpulkan balik rakan-rakan lama Sekolah Menengah Majidee Baru, sekolah kesayangan kita semua. Kepada Cikgu-Cikgu jasa kalian tetap dikenang sampai bila-bila.
Nama : RAMLAH BT SAPARANG
Alamat : No. 26, Jalan Bakawali 74, Taman Johor Jaya, 81100 Johor Bahru, Johor
Email : ramlahmusb@hotmail.com
YM : rlady73@yahoo.com
Status : Single and available
Kerjaya : Business kecil2an – www.urneeds.myportal.my
HP No. : 012-7481117
Zaman sekolah aku tak aktif sangat lebih-lebih lagi sukan. Alasan yang selalu aku bagi kat cikgu SAKIT (SEMPUT)..walhal sebenarnya aku MALAS ekeke (pecah rahsia). Aku ni agak pendiam kalo orang tak kenal tapi yang kenal aku tau la aku macam mana. Di kalangan member-member sekelas, aku agak famous kerana selalu tak datang sekolah. ALASAN seperti di atas SAKIT dan sebetulnya MALAS.. adeh.. sori cikgu-cikgu…walaupun begitu prestasi pelajaran aku agak baik. Kalo selalu datang mau bleh jadi Menteri Pembangunan Wanita..hahaha betul ker tu???
Cikgu yang paling aku sayang guru kelas aku 2 tahun berturut2 Pn. Zaini Baba, Pn Mashitoh (Ustazah) dan cikgu paling cantik Pn Mastura yang ajar math masa form 2 (subjek faberet tu). Yang lain2 pun aku sayang gak…(adehhh takot lak terasa hati..)
Lepas form 5 aku dapat sambung belajar di form 6 SDJ bersama-sama rakan aku seperti rosliza, jorina, salina hashim, norita, khatijah musa, razikin, rozaini (sori ek yg tak sebut nama)…
Aku start keje lepas setahun abes belajar… Job pertama kat legal firm. Aku dibahagian Litigation (Saman). Pastu keje dengan Sub-Con di MSE Pasir Gudang. Pernah keje kat forwarding and shipping company. Last aku keje dengan Syarikat Automotive. Jawatan yang aku selalu sandang Pentadbiran dan Akaun. Bila bekerja aku beri tumpuan sepenuhnya. Makan keje, Minum keje…tu yang terlajak tu sampai tak ada masa nak fikirkan tentang diri sendiri…..
Tahun 2005 hingga 2007 aku ada jalankan business laundry and dry cleaning… 3 tahun aku usahakan hingga aku tolak semua lelaki dalam hidup aku (alamak drama la plak…ekeke)…bukan bangkrap, cuma ada masalah berkaitan dengan transfer dan loan.
2 Tahun aku terperap kat rumah. Frust la kononnya….pastu aku ni jenis tak reti nak duduk diam.. pala otak ni asyik nak buat business walupun aku ni bukannya ada duit pun…hahaha…
Banyak gak nak cerita…len kali jer bila kita jumpa baru aku citer k…bagi peluang orang len plak bercerita. Pada kawan-kawan ku yang tersayang semoga kita dapat berjumpa kembali dengan adanya REUNION ini….Tak sabar nak jumpa dan bermanja-manja dengan korang macam dulu…
Salam Sayang….
ramlahSaparang………adiosssss
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
tak sangka ada lagi yg single n avaiable ye.bagusla.nnti kengkawan tolong carikan ye so hati tu jgn tutup dulu.ada rezeki kita rewang ramai2 masa majlis u.insyaallah
ReplyDeleteapa nak buat TUHAN belum temukan jodoh untuk hamba...ekekeke...entah2 tunggu anak raja meminang kot....sekrg ni ramai wanita kawen lambat and maybe i salah satu darinya kot...hahaha...btw siang2 ucapkan tq kalo u all nak rewang time majlis i tu...
ReplyDelete