Friday, August 28, 2009

Rahimah Abu Bakar


اسلام عليكم

Alhamdulillah.. kerana Allah telah memberi kesempatan kepada saya untuk bertemu lagi dengan teman2 di media penghubung ini bagi menyimpul kembali ikatan ukhwah kita yg sudah sedia terjalin... moga Allah sentiasa membuka ruang kepada kita semua untuk saling bertukar2 fikiran, ingat mengingati, berkongsi iktibar serta berpesan2.. agar kita selalu diberi hidayah & keteguhan hati utk kembali kepada fitrah manusia sebagai khalifah Allah di bumi bertuah ciptaanNya ini..

Dibawah ni hendak saya kongsi serba sedikit mengenai diri saya untuk direfreshkan kembali ingatan teman2 lama terpisah.....



Nama: Rahimah Bte Abu Bakar

Alamat M'sia : No 2, Jln Bayan 42, Taman Megah Ria.

Alamat Saudi: Yanbu Al-Sinaiyah, Saudi Arabia

YM: erieayamor

email: erieayamor@yahoo.com.my

Status: Berkahwin
Pekerjaan: Setelah menetap di Saudi - Suri rumah..sepenuh masa



Di zaman persekolahan dulu saya seorang pengawas, tapi tak berapa nak mengawas hihihi, Agak-agak pemalu... Ye ke????? Yelah.. Saya ni agak pendiam tak banyak cakap, minat dalam lukisan.... Ingat lagi masa tu cikgu memuji lukisan Fadilah Paiman (anti lelaki pada masa tu), walhal lukisan tu saya yg buat. Si Fadil (nama manja) bila kami berpandangan masing2 tersenyum....hihihi, Tertipu jugak cikgu tu... Nakal betul!!! Pernah bekerja di sebuah Syarikat Swasta sebagai (HR).... Sekarang ni dah menetap di KSA, sebab myhubby bekerja disini. Tak tahu sampai bila mungkin setahun dua lagi, entahlah. Selagi ada rezeki di bumi anbia' ni..insyallah!

Isteri kepada Khairuddin Bin Samsuri dan juga ibu kepada 4 org anak (ramai tu) 1 lelaki 3 perempuan (Muhammad Amir Afiq 15, N.Amirah Afiqah 14,N.Amirah Aqilah 11 & N.Amirah Alisa 7)



Harapan saya dengan adanya blog EXSMMB ni dapatlah kita mengeratkan lagi hubungan silaturrahim diantara kita, maaf dipinta sekiranya sepanjang saya bercerita di sini dan sepanjang perkenalan kita tanpa saya sedari telah menggores perasaan sahabat-sahabat semua .. Bermaaf-maafanlah sesama kita...

Salam Perantauan

رحيمه بتي ابو بكر
(KSA)

3 comments:

  1. Simpul kuat-kuat mah....

    ReplyDelete
  2. Rahimah, bila balik johor nanti jgn lupa singgah umah tak jauh tu megah ria ngan seri alam cuma seberang flyover jerk.

    Calling-callinglah bila balik Johor. Boleh kita kenalkan pasangan dan anak-anak masing-masing.

    ReplyDelete