Monday, August 24, 2009

Rosmawati Rahmat (5 Sastera 1)


Hi geng,
Walaupun aku tak join ngan korang masa reunion hari tu tapi aku seronok bila join ngan blog ex SMMB ni. Teringat zaman kenakalan di sekolah terutama semasa di Form 4 & 5.
Masa aku form 4 dulu kena duduk kat kelas sebelah tandas lelaki.... hari-hari bau yg menyengat hidung selama 1/2 tahun. Pas tu tukar kelas kat atas bukit dan dipanggil kelas microwave oven. 1/2 tahun beb kepanasan. Tapi bila masuk form 5 aku dah duduk kat kelas 5 Sastera 1. Kelas yg paling bersih dan dapat Piala Pusingan setiap bulan.
Seronok betul bila ingat zaman tu...

Nama aku : Rosmawati Binti Rahmat
Alamat aku : 37, Jalan Bukit 11, Bandar Seri Alam, 81750
Johor Bahru, Johor
Status aku : Berkahwin dan 2 anak lelaki seta 1 anak perempuan
Bekerja : Tropical Network Sdn Bhd / Lipidchem Sdn Bhd
Contact No. aku : 012-7097991

Aku lepas SMMB, belajar kat Kolej Swasta kalau korang tau KOLEJ SAL. Pas tu aku kerja Setiausaha kat Konsortium Logistik Berhad di Pasir Gudang (nama lama Konsortium
Perkapalan Berhad).

Kerja kat sana dlm 4 tahun. Tahun 1998 aku bertemu jodoh ngan Operations Executive kat situ. Dia orang Kota Tinggi. Lepas dapat anak pertama Muhamad Haziq tahun 1999, aku berhenti dan bekerja di Tropical Network Sdn Bhd.

Tahun 2001 aku dapat anak kedua Nur Dini. Tahun 2004 aku berhenti. Tahun 2005 aku dapat anak ketiga Muhammad Aidil. Tup..tup.. boss aku panggil kerja balik kat Tropical Network Sdn Bhd. Aku pun apa lagi demand baiiiikk punya.

Aku masa kat sekolah lebih aktif pada Bola Tampar. Merata sekolah aku pergi berlawan ada yg menang ada yang kalah. Masa form 5 tu, aku belajar start pukul 10 pagi sbb berlatih bola tampar dari pagi. Masa aku form 2-3 aku masuk teater menari zapin. Partner aku H.Hanisah. Kat mana ntah diorang skarang ni.

Form 4 & 5 aku berkawan baik ngan Ruhaiza, Zul @ baby, Nazli Salim, Rozita Isnin, Salina Johari, Abd. Rahman, Ravi, Hafizah, Syarifah Mahidah, Nor Eishah, Junaidah, Chairul Badriah, Yusnita dan ramai lagi.

Form 3 aku rapat ngan Nazim, H.Hanisah, Suhaimi Baba, Siti Mahani, Siti Rozaidah dan tak ingat lagi.

Form 2 aku rapat ngan H.Hanisah, Suhaimi Baba, Siti Mahani, Ibrahim, Zainal... masa kat kelas, bila masa agama & kesihatan aku tukang baca, yg lain amik nota yg aku bacakan tu.. tapi kantoi ngan cikgu sbb tukang baca nota tak complete.

Form 1 aku rapat ngan Afidah, Juliana, Roslinda, Suhaila, Aris, dan ramai lagi. Aku rasa kalau nak masukkan kat sini tak muat but aku happy sangat.

Rosmawati Rahmat

6 comments:

  1. Puan,puan cerita punyala panjang tapi mcmana nak igt kalau xde gambar.letakla gambar bolela kitaorg tgk yg mana 1 rosmawati rahmat

    ReplyDelete
  2. Aku dah tolong dia letak gambar. Tak sangka pulak Suhaimi Baba dulu satu sekolah dengan kita... Hihi..

    ReplyDelete
  3. a'ah la sham.mcm suhaimi baba.pengarah filem tu kan.tapi aku lupala si ros ni.

    ReplyDelete
  4. Rahimah Muhamad kenal. Ros ni menurut kata Rahimah, aktif sukan. Aku pun tak kenal dia...

    ReplyDelete
  5. Salam..

    oh inilah dia yatie...pas ni boleh lah kita jumpa kat Tesco Sri Alam...dekat jek tu ngan umah....walaupun kat sekolah x berapa ngam pas ni kita eratkanlagi hubungan silaturrahim k....
    Insyallah...

    ReplyDelete
  6. beb..make sure klu nk scan pic tu yg leh wat aku terkesima tau..btw..really had great time reading ppl blog..walau pon aku ni yg ado tau menatang nih..hope to see u guys soon...

    ReplyDelete