Monday, August 31, 2009

Marina Yusof


Assalamualaikum,

Saya Marina Yusof dari Form 3 Orkid. Sekelas dengan Mahasir. (kut tak slah kelaslah...)
Saya kerja di Kuantan, Pahang (FPG Oleochemicals Sdn Bhd) Saya kerja bahagian makmal, buat analisis and lots of paper work also; my role here called 'Analytical Associates'.

Married for 13 years coming this December.
Anak dah 4 orang, 2 girl, 2 boy. Yang tua ambil UPSR tahun ni, second 11 years, 3rd 6 yrs and last one 1 year 2 mth.

Saya dan suami (Azizi) orang Kuantan sama tempat kerja but lain department. Suzaimah pernah jumpe kitorang last 2 years. Help needed, Hisham boleh tak tolong contact sesiape yang sama kelas dengan saya or Mahasir ada tak gambar kelas time form 3 tu.. my album banyak yang kena gigit anai-anai, so banyak muka classmate yang tak nampak dah...

Nice to see and hear from old classmates in SSMB.

Wassalm n salam Ramadhan,

Marina Yusof

Ramlah Saparang


Assalamualaikum….

Sebelum memulakan madah (cewaahhh ayat power tu…) izinkan saya mengucapkan ribuan dan mungkin jutaan terima kasih tak terhingga kepada geng-geng yang bertungkus lumus mengumpulkan balik rakan-rakan lama Sekolah Menengah Majidee Baru, sekolah kesayangan kita semua. Kepada Cikgu-Cikgu jasa kalian tetap dikenang sampai bila-bila.

Nama : RAMLAH BT SAPARANG

Alamat : No. 26, Jalan Bakawali 74, Taman Johor Jaya, 81100 Johor Bahru, Johor

Email : ramlahmusb@hotmail.com

YM : rlady73@yahoo.com

Status : Single and available

Kerjaya : Business kecil2an – www.urneeds.myportal.my

HP No. : 012-7481117

Zaman sekolah aku tak aktif sangat lebih-lebih lagi sukan. Alasan yang selalu aku bagi kat cikgu SAKIT (SEMPUT)..walhal sebenarnya aku MALAS ekeke (pecah rahsia). Aku ni agak pendiam kalo orang tak kenal tapi yang kenal aku tau la aku macam mana. Di kalangan member-member sekelas, aku agak famous kerana selalu tak datang sekolah. ALASAN seperti di atas SAKIT dan sebetulnya MALAS.. adeh.. sori cikgu-cikgu…walaupun begitu prestasi pelajaran aku agak baik. Kalo selalu datang mau bleh jadi Menteri Pembangunan Wanita..hahaha betul ker tu???

Cikgu yang paling aku sayang guru kelas aku 2 tahun berturut2 Pn. Zaini Baba, Pn Mashitoh (Ustazah) dan cikgu paling cantik Pn Mastura yang ajar math masa form 2 (subjek faberet tu). Yang lain2 pun aku sayang gak…(adehhh takot lak terasa hati..)

Lepas form 5 aku dapat sambung belajar di form 6 SDJ bersama-sama rakan aku seperti rosliza, jorina, salina hashim, norita, khatijah musa, razikin, rozaini (sori ek yg tak sebut nama)…

Aku start keje lepas setahun abes belajar… Job pertama kat legal firm. Aku dibahagian Litigation (Saman). Pastu keje dengan Sub-Con di MSE Pasir Gudang. Pernah keje kat forwarding and shipping company. Last aku keje dengan Syarikat Automotive. Jawatan yang aku selalu sandang Pentadbiran dan Akaun. Bila bekerja aku beri tumpuan sepenuhnya. Makan keje, Minum keje…tu yang terlajak tu sampai tak ada masa nak fikirkan tentang diri sendiri…..

Tahun 2005 hingga 2007 aku ada jalankan business laundry and dry cleaning… 3 tahun aku usahakan hingga aku tolak semua lelaki dalam hidup aku (alamak drama la plak…ekeke)…bukan bangkrap, cuma ada masalah berkaitan dengan transfer dan loan.

2 Tahun aku terperap kat rumah. Frust la kononnya….pastu aku ni jenis tak reti nak duduk diam.. pala otak ni asyik nak buat business walupun aku ni bukannya ada duit pun…hahaha…

Banyak gak nak cerita…len kali jer bila kita jumpa baru aku citer k…bagi peluang orang len plak bercerita. Pada kawan-kawan ku yang tersayang semoga kita dapat berjumpa kembali dengan adanya REUNION ini….Tak sabar nak jumpa dan bermanja-manja dengan korang macam dulu…
Salam Sayang….

ramlahSaparang………adiosssss

Yati


Name Penuh : Nor Hayati Haron
Alamat : RKSR, Jalan Permas 7,
Bandar baru Permas Jaya,
81750 Masai Johor.
Pekerjaan : Surirumah cum Bisneswoman...
Status : Berkahwin...1 putera & 3 puteri

Assalamualaikum .....
Bertemu kita di ruangan maya mengenangkan memori indah zaman persekolahan.
Mungkin tak ramai yg kenal Yati. Kita ni tak berapa nak glamour la masa sekolah dulu...hehehe.(Malunya...)

Awal persekolahan bermula dari darjah satu di Sek. Keb. Mohd Khir Johari hingga darjah lima. Kemudian diambil bapa saudara bersekolah di Sek. Keb. Tengku Mariam, Batu Pahat (Sekolah paling terkenal di Batu Pahat) hingga tingkatan satu di Sek.Men.(P) Temenggung Ibrahim (SMPTI) selama 2 tahun.

Kemudian berpindahan semula tinggal bersama keluarga dan bersekolah di SEKOLAH MENENGAH MAJIDI BARU (SMMB)...

Seingat yati , yati ditempatkan di Tingkatan 2 Dedap...3 Mawar...Ting: 4 Perdagangan 1 (4 C), Ting: 5 P 2 (5 D).

Selepas habis sekolah tak kemana la ..terus keje..pastu kahwin..sekarang dah mempunyai seorg putera & 3 org puteri. Suami Yati pun ada lah bekas pelajar SMMB tahun 1967. Masa tu SMMB cuma setakt ting 3 shj..Pastu kena pergi SSI untuk sambung ting 4 & 5. Yati dulu aktif dengan Persatuan St.John. Diantara rakan yg paling rapat iaitu Rohaiza Mat Noor & Nazura Ngahat (Adik Ipar kpd Norazah Md Dali), Suhaimi, Zul aka baby..Mazilah..

Yati ucapkan ribuan terima kasih dan berbesar hati kerana tuan Presiden sudi melantik Yati sebagai AJK.... (walaupun AJK tapi besar tanggungjawabnya tu..terharu betul.....). Rasa seronok bila dijemput menghadiri Reunion tempohari. Nasib baik dapat hubby sporting...So, next time boleh pergi lagi..hhihihi..

Friday, August 28, 2009

Rahimah Abu Bakar


اسلام عليكم

Alhamdulillah.. kerana Allah telah memberi kesempatan kepada saya untuk bertemu lagi dengan teman2 di media penghubung ini bagi menyimpul kembali ikatan ukhwah kita yg sudah sedia terjalin... moga Allah sentiasa membuka ruang kepada kita semua untuk saling bertukar2 fikiran, ingat mengingati, berkongsi iktibar serta berpesan2.. agar kita selalu diberi hidayah & keteguhan hati utk kembali kepada fitrah manusia sebagai khalifah Allah di bumi bertuah ciptaanNya ini..

Dibawah ni hendak saya kongsi serba sedikit mengenai diri saya untuk direfreshkan kembali ingatan teman2 lama terpisah.....



Nama: Rahimah Bte Abu Bakar

Alamat M'sia : No 2, Jln Bayan 42, Taman Megah Ria.

Alamat Saudi: Yanbu Al-Sinaiyah, Saudi Arabia

YM: erieayamor

email: erieayamor@yahoo.com.my

Status: Berkahwin
Pekerjaan: Setelah menetap di Saudi - Suri rumah..sepenuh masa



Di zaman persekolahan dulu saya seorang pengawas, tapi tak berapa nak mengawas hihihi, Agak-agak pemalu... Ye ke????? Yelah.. Saya ni agak pendiam tak banyak cakap, minat dalam lukisan.... Ingat lagi masa tu cikgu memuji lukisan Fadilah Paiman (anti lelaki pada masa tu), walhal lukisan tu saya yg buat. Si Fadil (nama manja) bila kami berpandangan masing2 tersenyum....hihihi, Tertipu jugak cikgu tu... Nakal betul!!! Pernah bekerja di sebuah Syarikat Swasta sebagai (HR).... Sekarang ni dah menetap di KSA, sebab myhubby bekerja disini. Tak tahu sampai bila mungkin setahun dua lagi, entahlah. Selagi ada rezeki di bumi anbia' ni..insyallah!

Isteri kepada Khairuddin Bin Samsuri dan juga ibu kepada 4 org anak (ramai tu) 1 lelaki 3 perempuan (Muhammad Amir Afiq 15, N.Amirah Afiqah 14,N.Amirah Aqilah 11 & N.Amirah Alisa 7)



Harapan saya dengan adanya blog EXSMMB ni dapatlah kita mengeratkan lagi hubungan silaturrahim diantara kita, maaf dipinta sekiranya sepanjang saya bercerita di sini dan sepanjang perkenalan kita tanpa saya sedari telah menggores perasaan sahabat-sahabat semua .. Bermaaf-maafanlah sesama kita...

Salam Perantauan

رحيمه بتي ابو بكر
(KSA)

Monday, August 24, 2009

Rosmawati Rahmat (5 Sastera 1)


Hi geng,
Walaupun aku tak join ngan korang masa reunion hari tu tapi aku seronok bila join ngan blog ex SMMB ni. Teringat zaman kenakalan di sekolah terutama semasa di Form 4 & 5.
Masa aku form 4 dulu kena duduk kat kelas sebelah tandas lelaki.... hari-hari bau yg menyengat hidung selama 1/2 tahun. Pas tu tukar kelas kat atas bukit dan dipanggil kelas microwave oven. 1/2 tahun beb kepanasan. Tapi bila masuk form 5 aku dah duduk kat kelas 5 Sastera 1. Kelas yg paling bersih dan dapat Piala Pusingan setiap bulan.
Seronok betul bila ingat zaman tu...

Nama aku : Rosmawati Binti Rahmat
Alamat aku : 37, Jalan Bukit 11, Bandar Seri Alam, 81750
Johor Bahru, Johor
Status aku : Berkahwin dan 2 anak lelaki seta 1 anak perempuan
Bekerja : Tropical Network Sdn Bhd / Lipidchem Sdn Bhd
Contact No. aku : 012-7097991

Aku lepas SMMB, belajar kat Kolej Swasta kalau korang tau KOLEJ SAL. Pas tu aku kerja Setiausaha kat Konsortium Logistik Berhad di Pasir Gudang (nama lama Konsortium
Perkapalan Berhad).

Kerja kat sana dlm 4 tahun. Tahun 1998 aku bertemu jodoh ngan Operations Executive kat situ. Dia orang Kota Tinggi. Lepas dapat anak pertama Muhamad Haziq tahun 1999, aku berhenti dan bekerja di Tropical Network Sdn Bhd.

Tahun 2001 aku dapat anak kedua Nur Dini. Tahun 2004 aku berhenti. Tahun 2005 aku dapat anak ketiga Muhammad Aidil. Tup..tup.. boss aku panggil kerja balik kat Tropical Network Sdn Bhd. Aku pun apa lagi demand baiiiikk punya.

Aku masa kat sekolah lebih aktif pada Bola Tampar. Merata sekolah aku pergi berlawan ada yg menang ada yang kalah. Masa form 5 tu, aku belajar start pukul 10 pagi sbb berlatih bola tampar dari pagi. Masa aku form 2-3 aku masuk teater menari zapin. Partner aku H.Hanisah. Kat mana ntah diorang skarang ni.

Form 4 & 5 aku berkawan baik ngan Ruhaiza, Zul @ baby, Nazli Salim, Rozita Isnin, Salina Johari, Abd. Rahman, Ravi, Hafizah, Syarifah Mahidah, Nor Eishah, Junaidah, Chairul Badriah, Yusnita dan ramai lagi.

Form 3 aku rapat ngan Nazim, H.Hanisah, Suhaimi Baba, Siti Mahani, Siti Rozaidah dan tak ingat lagi.

Form 2 aku rapat ngan H.Hanisah, Suhaimi Baba, Siti Mahani, Ibrahim, Zainal... masa kat kelas, bila masa agama & kesihatan aku tukang baca, yg lain amik nota yg aku bacakan tu.. tapi kantoi ngan cikgu sbb tukang baca nota tak complete.

Form 1 aku rapat ngan Afidah, Juliana, Roslinda, Suhaila, Aris, dan ramai lagi. Aku rasa kalau nak masukkan kat sini tak muat but aku happy sangat.

Rosmawati Rahmat

Friday, August 21, 2009

Amiszan Adam


Gambar kat atas ni masa gi mancing kat Pulau Pisang..Pontian. Nasib aku cuma baik ckit jer pasal aku tak tinggal kat pontian . kalu tak confirm my new profession Nelayan Laut dalam..Lupa lak nak bagi salam & kenalkan diri..

Nama : Amiszan Bin Adam
Alamat : 52, Jalan Harmoni 5/2, Tmn Desa Harmoni, JB
YM: amiszan
Email : amiszan@yahoo.com & amiszan@streamyx.com
Status : Berkahwin & 2 org anak
Bekerja di : SAJ Holdings Sdn. Bhd. (www.saj.com.my)
Contact no: 013-7524122

Kiranya aku tulis ni ikut format yg En Hisham Salmin lah senang ya.. Pendidikan tu tak berapa tinggilah..tapi kalu jatuh mcm 'Beng Hock' kira matilah. Sekolah rendah di SKMB, Menengah di SMMB & SMVKT (Vokey Kota Tinggi). Aku dulu x berapa cemerlanglah masa sekolah. Sapa yg kenal, kenalah ya.

Perangai aku masa sekolah pun kira agak pendiam gaklah kot. Tak mcm Presiden kita En Mahasir, Nizam Salleh, Khirzon. sebut jer nama orang dah kenal..Tapi tu duluuuuu..
Lepas jer sekolah, bekerja & kawin mcm org lain gak kot..

Org umah org Pontian..dekat jer..Tak yahlah citer jumpa mcm mana..memula takut nak kawin.. takut tak leh bagi makan anak org..skrg ni bukan setakat tanggung bini siap tanggung anak sekali..tapi tak ramailah ..kalu reramai x mampu kot....

Rancangan TV yg menjadi kegemaran aku skrg Blogger Boy..tu pasal Reunion pada 15hb Ogos 2009 tu dirakamkan di blog ni..bagi pihak Presiden..Terimakasih diucapkan kepada yg hadir ya.. Walaupun rupa paras berubah (terutama perut) siratulrahim perlu dieratkan..

Insyallah dimasa akan datang dijemput lebih ramai lagi datang memeriah Reunion SMMB 1986-1990..Masa & ketikanya.. sila berhubung En Mahasir kita (Presiden Alumni SMMB)..kawan ikut jer.. Diseru semua yg ada kelapangan dapatlah memberikan biodata anda ke hishamsalmin@gmail.com atau sms (biodata dan gambar) ke 016-661149.

Hisham Salmin (Hishammuddin bin Salmin)


Sebagai pembuka tirai dan juga panduan kepada korang... aku memperkenalkan diri.

Nama: Hisham Salmin
Alamat: Taman Lestari Putra, Sri Kembangan Selangor.
YM: hisham7263
Email: hishamsalmin@gmail.com
Status: Berkahwin (Seorang isteri dan 2 orang anak)
Pekerjaan: Graphic Designer | Books Publishing and Advertising www.pts.com.my
H/P: 016-6611479

Masa kat sekolah dulu aku suka melukis. Subjek lukisan memang terer la... Tapi masalahnya subjek lukisan je yang terer. Yang lain kantoi. Hihi... Aku pernah kerja di Penerbitan Pelangi (buku sekolah korang dulu..) dan Pelangi Berhad (Plaza Pelangi...) Johor Bahru. Jadi ilustrator dan designer. Masa tu JB memang membosankan. Sekarang pun membosankan jugak... Hahahaha.... Aku merantau membawa diri ke KL masa umur aku 23 tahun. Kerja dengan Utusan dan kemudian majalah Gila-Gila sebagai designer jugak. La ni aku kerja dengan PTS Publications sejak tahun 1999. Penerbit buku Melayu paling unggul. Aku harap kalau korang nak beli buku untuk bacaan anak-anak dan diri sendiri, jangan lupa nama PTS. Promosi...

Isteri aku orang Kuching, Jumpa di KL. Kahwin masa umur aku 26. Anak 2 orang. Adam Hazim 8 dan Iman Faqihah 6.

Aku harap dapat jumpa dengan semua member-member sekolah kita dulu. Terutama yang pernah sekelas dengan aku. Tingkatan 3 ialah zaman paling indah persekolahan. Aku harap dapat jumpa semua budak kelas Tingkatan 3 Cempaka (kalau tak silap aku la...)

Ok... Lepas ni giliran korang pulak perkenalkan diri...